Angkasa-Kadin Indonesia Bakal Jalin Hubungan Perdagangan, Promosi Produk Kopetasi

- Penulis

Rabu, 8 Mei 2024

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy


MALAYSIA – Angkasa bersedia untuk menjalinkan hubungan perdagangan dua hala dengan Kamar Dagang dan Industri Kota Dumai (KADIN) Indonesia dalam usaha mempromosikan produk koperasi ke Kota Dumai, Riau, Sumatera.

Kerjasama perdagangan tersebut diharap dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak bagi meluaskan pasaran produk koperasi ke negara serantau memandangkan potensi luar biasa yang dimiliki Kota Dumai, iaitu kota kedua terbesar di Indonesia.

Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, kesediaan itu disepakati secara bersama dan bakal direalisasikan menerusi satu kunjung hormat yang akan diadakan ke kota berkenaan pada Julai 2024 bagi melihat sendiri potensi ekonomi dan perdagangan di daerah Riau, Sumatera.

Beliau berkata, lawatan kerja yang menjurus kepada layanan perniagaan atau _business treats_ itu turut membuka peluang kepada usaha menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) kedua-dua pihak mengenai kerjasama dalam bidang ekonomi khususnya mempromosikan produk koperasi.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjung hormat seramai empat orang delegasi KADIN Indonesia bertempat di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada hari ini (7 Mei 2024).

Delegasi yang diketuai oleh _Chairman Dumai’s Chamber of Commerce Industry_, Bapak Zulfan Ismaini itu turut disambut mesra oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.

Hadir sama ialah _Vice Chairman on Economic Acceleration and Cooperation_, Bapak Annora Arsan, _Standing Committee on Economic Cooperation_, Bapak Muhammad Arief dan Ibu Ika Irawati.

Menyentuh mengenai hubungan perdagangan tersebut, Bapak Zulfan menyatakan rasa berbesar hati atas kesudian ANGKASA untuk menjalinkan kerjasama berkenaan.

Menurutnya, Kota Dumai memiliki kedudukan strategik iaitu sebuah pelabuhan yang merupakan pusat perdagangan di Sumatera dan berpotensi besar sebagai hub komoditi kepada pengusaha tempatan dan luar negara.

Katanya, KADIN Indonesia adalah organisasi pengusaha Indonesia yang aktif menjalankan aktiviti ekonomi melalui usaha pengembangan potensi perdagangan serantau.

KADIN Indonesia ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan pada 24 September 1968 dan dipimpin oleh Ketua Umum KADIN Indonesia, Bapak Arsjad Rasjid sejak tahun 2021 serta berpusat di Jakarta, Indonesia.

Pertubuhan itu giat menjalinkan kerjasama strategik dengan negara yang berpotensi dalam bidang perdagangan dalam usaha mewujudkan dunia usahawan Indonesia yang berdaya saing.

Turut hadir dalam kunjung hormat itu ialah Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Penyelidikan dan Pembangunan ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad dan Penolong Pengurus Seksyen Pemborongan dan Peruncitan, Bahagian Peneraju ANGKASA, Puan Nurmurni Wahab.

Editor : Redaksi

NB : Kepada Seluruh Masyarakat, Jika memiliki informasi, dan menemukan kejadian/peristiwa penting, atau pelanggaran hukum, baik oleh warga atau pejabat pemerintah/lembaga/ penegak hukum, silahkan mengirimkan informasi ke Redaksi Mediapesisir.news berupa narasi/tulisan, rekaman video/suara, ke No telepon/WA: 0823-8508-9055

Jangan Lupa Mengirim Indensitas Lengkap, Kami menjamin kerahasiaan Identitas Narasumber.

Berita Terkait

Video Viral Bongkar Kumuhnya Pelabuhan RoRo Dumai, Kritik Boleh Tapi Bahaya Jika Salah Sasaran
Kapolsek KSKP Dumai Bersama Personil Melakukan Pengecekan Tanaman Jagung Bersama Kelompok Tani Tuah Brata Pangan
Warga Malaysia Kibarkan Bendera Merah Putih, Minta Gabung ke RI
Polres Dumai Gelar Upacara Khidmat dan Teguhkan Semangat Persatuan Peringati Hari Lahir Pancasila 2026
Enam Warga Binaan Rutan Dumai Terima Remisi Khusus Hari Raya Waisak
Rutan Dumai Gelar Upacara Hari Lahir Pancasila Tahun 2026
PT Pelabuhan Dumai Berseri Mengucapkam Selamat Hari Lahir Pancasila 2026 Usung Semangat Persatuan dan Damai
Sat Reskrim Polres Dumai Gelar Sosialisasi KUHAP Bersama PPNS lintas Instansi Perkuat Sinergitas Penegakan Hukum

Berita Terkait

Senin, 1 Juni 2026 - 13:12 WIB

Video Viral Bongkar Kumuhnya Pelabuhan RoRo Dumai, Kritik Boleh Tapi Bahaya Jika Salah Sasaran

Senin, 1 Juni 2026 - 07:13 WIB

Kapolsek KSKP Dumai Bersama Personil Melakukan Pengecekan Tanaman Jagung Bersama Kelompok Tani Tuah Brata Pangan

Senin, 1 Juni 2026 - 06:32 WIB

Warga Malaysia Kibarkan Bendera Merah Putih, Minta Gabung ke RI

Senin, 1 Juni 2026 - 06:20 WIB

Polres Dumai Gelar Upacara Khidmat dan Teguhkan Semangat Persatuan Peringati Hari Lahir Pancasila 2026

Senin, 1 Juni 2026 - 06:16 WIB

Enam Warga Binaan Rutan Dumai Terima Remisi Khusus Hari Raya Waisak

Berita Terbaru